Teknik Rahsia SQD + Zero Hedgemaster

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para trader dan bakal trader

Simple Quick Development (SQD) merupakan sebuah teknik forex yang amat sesuai untuk mereka yang sibuk. Ia merupakan sebuah teknik analisa Intraday dan menggabungkan antara penggunaan indikator dan juga Support and Resistance. Setup yang ditunjukkan amat mudah semudah 5 step sahaja. Antara kelebihan teknik SQD adalah seperti berikut :

  1. SOP yang sangat mudah (Tandakan Support and Resistance, Tunggu Rejection, Confirmkan melalui Lower Time Frame, Entry, Set TP dan SL
  2. Merupakan setting Intraday dan kebiasaannya setiap hari akan ada setup
  3. Garisan Support dan Resistance yang jelas
  4. Penggunaan confluence technical trading (3x MA dan Support and Resistance)
  5. Penggunaan Multiple Timeframe sebagai confirmation
  6. Tidak memerlukan analisis yang serius dan hanya boleh dilakukan melalui telefon

Dibawah ini merupakan link download Teknik SQD + Zero Hedgemaster. Silakan download sambil anda membaca penerangan teknik tersebut disini.

SOP yang sangat Mudah 

Kenapa pentingnya SOP yang mudah? Kerana dengan SOP yang mudah, ia akan menjadikan semua step mudah diingati dan senang untuk ditanam di dalam diri seorang trader. Sekiranya analisa terlalu kompleks, akan ada terlalu banyak kekurangan yang membuatkan rentak trading anda tidak konsisten. Antara kekurangan SOP yang terlalu kompleks adalah :

  1. Trader akan terlepas step yang penting sewaktu trade
  2. Element trading yang akan berlawanan sesama sendiri, contohnya MA tunjuk buy, tapi News tunjuk sell
  3. Kekecewaan semakin ketara semasa terkena SL atau rugi kerana semakin kompleks sesebuah teknik, semakin tinggi harapan trader untuk profit. Namun, kita harus ingat market bukan kita punya dan biasanya ia sukar dijangka.
  4. Trader akan lebih stress kerana banyak gerak kerja yang harus dilaksanakan sebelum trade.
  5. Mengganggu kerja semasa bagi trader part time.
  6. Tidak boleh trade dalam keadaan santai dan biasanya memerlukan trading station.

Jadi, mari kita lihat berapa banyakkah Standard Operating Prosedur bagi teknik SQD.

Semasa setting (One-off sahaja)

  1. Pilih semua pair yang mempunyai spread yang rendah
  2. Setkan 3 jenis Moving Average yang menggunakan setting period 8,20,50
  3. Enable Period Separator dan pilih TF H1
  4. Jadikan template dan apply pada semua pair yang telah dipilih.
  5. Install sekali Metatrader pada Handphone

Semasa Trade

  1. Tandakan Support dan Resistance dengan melihat the highest price dan the lowest price pada hari semalam
  2. Tunggu sehingga terjadi rejection berlaku pada Support dan Resistance (Sama ada shadow ataupun Bull/Bearish Engulfing
  3. Apabila terjadi rejection, confirmkan melalui TF M5 dengan cara candle berada dibawah ketiga-tiga MA ataupun candle berjaya hit MA 50.
  4. Lakukan instant entri
  5. Set TP (15 sehingga 30 pips)

Garisan Support dan Resistance Yang Jelas

Support dan Resistance merupakan sebuah teknik analisa teknikal yang paling asas yang perlu untuk semua trader belajar. Namun, cabaran dalam menanda SnR ini adalah, dimanakah tempat terbaik untuk menanda kawasan SnR. Saya menghabiskan banyak masa melatih diri untuk melukis SnR daripada TF kecil sehingga TF besar. Apabila dibandingkan bersama-sama dengan rakan trading yang lain, cara tandaan kami berbeza. Ada yang pilih atas sikit, ada yang pilih bawah sedikit.

Oleh itu, SQD datang dengan menyelesaikan masalah ini dengan mengambil the highest price sebagai resistance dan the lowest price sebagai support. Apabila teknik ini diamalkan, semua trader yang mempelajari SQD mempunyai SnR yang hampir seragam, kerana perbezaan harga yang ditawarkan oleh broker yang berbeza.

Selain itu, teknik mengambil Hi dan Lo price pada price semalam merupakan sebuah amalan kebanyakan trader seluruh dunia. Ini menjadikan kawasan tersebut menjadi amat dominan dengan order trading kerana ramai trader yang menunggu reaksi price di kawasan tersebut

SQD bersifat Reaktif bukan Proaktif Trading

Reaktif trading bermaksud anda menunggu signal sebelum melakukan entri, manakala proaktif trading anda meletakkan pending order pada harga tertentu. Kebaikan reaktif trading adalah anda telah confirm bahawa signal yang dihasilkan boleh menyebabkan price akan jatuh ataupun naik. Berbeza dengan proaktif trading, anda terpaksa meramal dan berharap price akan mengikut analisa anda. Selain itu, proaktif trading tidak memberikan kawasan yang jelas untuk anda meletakkan SL, manakala reaktif trading telah memberikan kawasan harga yang jelas untuk anda letakkan SL.

Oleh itu, SQD memerlukan trader untuk menunggu candlestick H1 close dan confirm price telah reject kawasan SnR sama ada ianya membentuk shadow ataupun ia melakukan Fakeout

SQD Menggunakan Double Confirmation

Walaupun anda telah melihat price telah berjaya reject di kawasan SnR, anda harus melakukan double confirmation di Lower TF. Melihat reaksi price di Lower TF boleh mengelakkan kita dari kerap menerima false signal dan memberikan petunjuk bahawa signal yang diberikan adalah signal yang berkualiti. SQD menggunakan 3x jenis MA berlainan period dan price harus berada dibawah 3x jenis MA ini atau berjaya menyentuh MA 50. Secara amnya, sekiranya price berada dibawah atau diatas MA dan padan dengan arah rejection signal, signal yang dihasilkan adalah sangat berkualiti.

Mengapa menggunakan 3x jenis MA? Ia secara tidak langsung mengukur tahap kekuatan momentum sesebuah pergerakan harga. Sekiranya price berjaya memecahkan MA tersebut, ia menunjukkan kekuatan momentum price tersebut dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bergerak searah.

SQD memilih untuk Instant Entri

Terdapat dua jenis entri iaitu Pending Order dan Instant Entri. Kekurangan Pending Order adalah anda akan terdedah dengan perubahan spread yang anda tidak perasan. Berbeza dengan Instant Order, anda boleh menjeling dahulu spread yang ditawarkan kemudian barulah anda boleh putuskan untuk entri. Sekiranya spread terlalu besar, anda boleh mengambil keputusan untuk tunggu terlebih dahulu sebelum melakukan entri.

SL dan TP teknik SQD adalah Jelas.

SQD menuntut agar trader meletakkan SL di kawasan High Rejection yang dilakukan oleh Signal entri. Oleh itu, ia memberikan price ruang untuk retrace terlebih dahulu sebelum meneruskan pergerakan yang dominan. Sekiranya SL terlalu dekat, maka price mudah untuk terkena SL dan mengikuti arah analisa. Manakala untuk TP, jumlah pips yang disarankan juga agak rendah iaitu sekitar 15 sehingga 30 pips.

Oleh itu, ia mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk price hit TP dan secara tak langsung meningkatkan jumlah keuntungan anda pada bulan tersebut. Selain itu, area SL juga agak kecil dan paling tinggi hanya mencecah 25 pips (data mungkin berubah-ubah atas faktor likuiditi

ANDA MASIH RAGU DAN TAKUT RUGI? JANGAN RISAU!

Sebab itu SQD tidak datang secara sendiri. Ia datang dengan komponen Zero Hedgemaster. Ia diramu khas bagi mereka yang amat takut dengan SL. Ya, saya seperti anda dahulu kerana apabila terkena SL, saya mula cuba untuk membalas dendam terhadap market dan cuba untuk recover secepat mungkin kerugian sebelum itu,

Jadi, bagaimana untuk lakukan Zero Hedgemaster dan apakah ciri Zero Hedgemaster?

  1. Ia menggantikan SL anda dengan Stop Order. Sebagai contoh, jika anda entry Buy, maka SL anda akan digantikan dengan Sell Stop
  2. Ia terdiri daripada Lock Hedge dan Release Hedge. Lock mengunci kerugian dan Release menutup Stop Order tadi dalam keadaan profit
  3. Selepas Stop Order close dalam keadaan profit, Stop order lain akan dilayer pada signal yang seterusnya

So, apa kebaikan yang diperolehi jika menggunakan skil Zero Hedgemaster ini?

  1. Anda tidak akan melakukan revenge trading kerana entry berada dalam keadaan locked floating
  2. Anda boleh recover floating tersebut dengan pantas apabila signal seterusnya keluar dan anda release.
  3. Anda mempunyai opsyen yang lebih banyak. Sama ada untuk close sahaja order yamg dalam keadaan lock ataupun ingin melakukan release entry pada signal seterusnya.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk melangkah ke dalam dunia trading ini? Owh lupa ingin saya tekankan disini bahawa anda akan mendapat semua faedah seperti dibawah secara PERCUMA. Tanpa sebarang KOS.

  1. Bimbingan rapat dari saya (Personal Coaching). Kita boleh berjumpa dan melakukan ulang kaji serta live trade bersama-sama
  2. Group Telegram yang mana jika anda keliru dengan marking anda, saya boleh tunjukkan dan betulkan jika ada kesalahan
  3. Kelas percuma yang disediakan oleh Tim SQD setiap hari Selasa di KL
  4. Personal Coaching aplikasi SQD beserta Zero Hedgemaster secara live market

Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar bersama Liteforex melalui saya sebagai Introducing Broker. Setelah confirm saya akan menjaga sebaik mungkin kebajikan anda dari segi nasihat dan teknikal sepanjang anda trade.

DAFTAR LITEFOREX DISINI : https://www.liteforex.com/?uid=714140073&_ga=2.138976180.6656239.1576311329-977379659.1557916746

PANDUAN MENDAFTAR LITEFOREX DISINI :
https://pedagangjawa.com/panduan-mendaftar-bersama-liteforex/

PANDUAN DEPOSIT DAN WITHDRAWAL :
https://pedagangjawa.com/panduan-deposit-dan-withdrawal-liteforex/

Setelah akaun anda telah disahkan beserta dengan jumlah deposit yang dimasukkan, anda akan dimasukkan ke dalam group Telegram bagi sebarang bantuan dan maklumat berkaitan teknik SQD dan Zero Hedgemaster.

MASIH KELIRU UNTUK MENDAFTAR?

Anda boleh hubungi saya melalui saluran yang diberikan, dan saya akan HUBUNGI MELALUI PANGGILAN TELEFON atau MELAKUKAN TEMUJANJI bersama untuk membantu anda. Hanya tinggalkan mesej anda dan saya akan membantu anda sepantas kilat.