Senarai Penuh Cara Saya Trade Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Langkah Pertama (Pemilihan Pair)

Saya akan memilih semua pair yang menawarkan spread pips kurang dari 10 pips. Saya menggunakan FXCL broker dan rata rata pair yang saya lihat menawarkan spread kurang dari 10 pips. Bagi pair yang mempunyai nilai pips yang tinggi seperti melebihi 10 pips, saya beranggapan bahawa pair tersebut terlalu volatile dan tak dapat dijangka serta tidak ramai yang trade pair tersebut. Oleh itu, broker terpaksa mengenakan spread yang tinggi. Jadi, saya mengambil tindakan untuk tidak trade pair pair yang berkaitan. Pair yang sering mempunyai spread yang tinggi adalah pair yang biasanya berpasangan dengan currency NZD

Langkah Kedua (Penentuan Lot Trading)

Cara saya adalah mudah. Formulanya adalah jumlah modal dibahagi dengan 5,000. Jadi saya akan mendapat jumlah lot yang akan digunakan. Sebagai contoh, USD 5000 / 5000 = USD 1 per lot.

Langkah Ketiga (Pemilihan Time Session)

Saya akan trade pada TF D1 dan TF H4. TF D1 adalah untuk melihat trend keseluruhan, TF H4 untuk melihat entry dan reentry. Untuk time session pula, saya hanya akan fokus pada pukul 4 sehingga pukul 12 malam sahaja. Oleh itu, saya mempunyai 3 kali waktu yang perlu saya monitor chart iaitu pukul 4 petang, 8 malam dan 12 malam. Since saya menggunakan TF yang besar, jadi saya mempunyai waktu yang santai dan tidak terikat untuk melihat chart sentiasa. Malah ia tidak mengganggu tidur saya. Waktu tersebut juga merupakan waktu yang paling aktif disebabkan terjadinya pertindihan waktu pasaran dibuka.

Imej yang berkaitan

Langkah Empat (Penentuan Trend)

Saya akan mencari trend dahulu sebelum mencari entri. Terdapat tiga faktor yang akan perhatikan untuk menentukan trend.

  1. Last Divergence berlaku
  2. Adakah price berjaya break last trendline
  3. Adakah price berjaya break last kawasan Support and Resistance yang terdekat
Contoh Divergence
Contoh Trendline yang telah dipecahkan
Contoh SnR yang telah dipecahkan

Apabila terdapat tiga perkara diatas, barulah saya akan melukis trendline yang terbaru. Semua aktiviti melukis trendline akan dibuat pada TF D1. Ya, selepas melukis trendline, anda akan mengalami pergerakan retracement yang membentuk minor trend. Ketika retracement minor trend berlaku, saya akan gunakan TF H4 dan menggunakan 3 prinsip diatas untuk counter minor trend, seterusnya ride bersama dengan major trend.

Langkah Lima (Penentuan Entry)

Saya akan menggunakan beberapa signal sebagai entry iaitu:

  1. Bullish Engulfing / Bearish Engulfing (saya akan entry secara manual)
  2. Rally Base Rally / Drop Base Drop (saya akan gunakan Pending Order

Entry ini pula akan selari dengan arah trend yang saya lukis.

Hasil carian imej untuk rally base rally pattern
Contoh RBR dan DBD
Hasil carian imej untuk bullish engulfing candle
Contoh formasi Bullish Engulfing

Langkah Keenam (Penentuan Stop Loss)

Saya akan menggunakan Stop Order menggantikan SL. Stop Order tersebut akan mempunyai nilai lot yang sama dengan nilai entri. Apabila muncul signal yang selari dengan trend, saya akan close order yang triggered dari Stop Order tersebut dan melakukan entry berdasarkan signal. Namun, SL yang seterusnya saya akan gandakan kepada 2x lot disebabkan terdapat dua entry yang aktif.

Kawasan SL pula adalah dibahagian atas atau bawah dari formasi Bullish / Bearish Engulfing. Dengan cara ini, saya dapat mempercepatkan proses recovery akaun saya dengan pantas.

Langkah Ketujuh (Penentuan Take Profit)

Biasanya saya akan close profit apabila :

  1. Price hit kawasan SL
  2. Terjadi minor trend di timeframe H4

Contoh Full Setup

Alhamdulillah, semoga bermanfaat kepada semua.

Sekiranya, anda masih tidak memahami bagaimana cara saya melakukan trade, anda boleh request untuk PERSONAL COACHING namun ianya datang dengan harga yang munasabah atas sebab kos minyak, kos makan minum, kos masa. Jika anda masih lagi dengan stigma “AJAR LAH DENGAN IKHLAS, INI ILMU ALLAH” sebab anda tak mahu bayar sesen demi secebis ilmu, sila tumbuk muka anda sendiri kuat-kuat

Whatsapp : 018-941 8731

FB : https://web.facebook.com/iqbal.tenteraangin

-Muhammad Iqbal bin Aman , benci pada Pemalas-