Bismillahirrahmanirrahiim
Adakah anda mencari-cari senarai website P2P yang sah. Takut anda terkena scam dengan web P2P yang tak sah seperti Hap2py? Hari ini saya akan kongsikan kepada anda senarai laman web p2p yang diiktiraf SC. Penting untuk anda pilih website yang sah kerana anda ingin melaburkan wang yang besar dan ingin mengurangkan risiko pelaburan anda ditipu.
Senarai Laman Web P2P Yang Diiktiraf SC
Berikut adalah senarai laman web P2P yang sah.
- Bay Smart Capital Ventures Sdn. Bhd.
- Capsphere Services Sdn. Bhd.
- QuicKash Malaysia Sdn. Bhd.
- B2B Finpal Sdn. Bhd.
- Modalku Ventures Sdn. Bhd.
- Peoplender Sdn. Bhd.
- FBM Crowdtech Sdn. Bhd.
- MicroLEAP PLT
Setiap laman web memberikan keunikan yang tersendiri. Secara amnya sebagai seorang regular investor, maksimum pelaburan yang dibenarkan oleh SC adalah sebanyak RM 50,000 sahaja. P2P tetap mempunyai risiko iaitu risiko lewat bayar atau gagal melunaskan perjanjian yang telah ditandatangani. Namun jangan risau biasanya default rate adalah rendah berbanding dengan keuntungan yang diterima.
Kesimpulan
Saya telah memberikan senarai laman web P2P yang diiktiraf SC. Penting untuk anda melabur dalam platform yang sah, bukan dari platform yang bukan-bukan supaya duit titik peluh anda tidak lebur disebabkan scam, bukan lebur disebabkan adat naik turun perniagaan. Semoga artikel ini memberikan info yang baru kepada anda semua.

