Bismillahirrahmanirrahiim

Pada hari ini 30 Sept 2025, maka keseluruhan demografi rakyat di Malaysia akan menikmati petrol RON 95 dengan kadar RM 1.99 per liter. Antara syarat yang dikenakan adalah harus mempunyai lesen memandu yang sah beserta dengan kad pengenalan Malaysia. Bagi aku syarat ini fair supaya diorang yang terlibat dengan projek IC yang aneh aneh ni terkesan. Nasib baik la gomen tak buat sewel dia nak cek sekali dengan insurans dan roadtax.
Cara Mohon Harga Petrol Budi95
- Guna kredit kad sahaja. Kemudian masukkan IC dan pastikan cip okay dan tak rosak. Selepas itu boleh terus pam. Anda akan lihat ada kolum discount Budi dalam resit
- Guna aplikasi pam minyak seperti Setel. App lagi senang sebab boleh nampak berapa liter lagi yang tinggal untuk satu bulan.
- Tak ada kad kredit atau data plan habis, no worries, bawak je IC pergi kaunter, bayar macam biasa sambil hulur IC.
Selepas habis 300 liter yang diberikan, korang akan bayar harga asal RM 2.60. So far untuk 300 liter berapa jauh boleh pergi adalah bergantung kepada jenis kereta. Untuk ambil purata bermula dari minima 2100 km sehingga 5400 km. Jadi, kalau korang kaki travel, mohon rancang perjalanan bulanan tersebut okay?
Efek Pelaksanaan BUDI 95
Pasti ada yang tak berpuas hati. Buat masa ini T20 tidak akan menikmati subsidi bersasar ini. Malah kemungkinan akan ada syarikat yang akan menaikkan harga barangan disebabkan syarikat mereka tidak layak untuk menyertai program subsidi ini. Oleh itu, kita semua akan expect ada barangan yang akan naik harga tanpa kita sedari.
Kesimpulan
Tak ada apa yang nak disimpulkan. Ini semua adalah polisi kerajaan. Aku lak jenis akan cuba memahami, adapt dan ambil kesempatan jika ada ruang dan peluang untuk setiap polisi. So far untuk penjimatan sekitar RM 180+- untuk kegunaan petrol bagi aku agak berbaloi. Aku pulak jenis banyak travel pakai motor sahaja. Sebulan mungkin aku spend dalam RM 50 sahaja untuk minyak. Dengan BUDI ni aku akan dapat sekitar 25 liter minyak yang cukup untuk aku ulang alik kerja sebulan.