Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengapa ramai trader gagal dalam aktiviti trading dalam saham. Tajuk ini sebenarnya agak cliche sebab saya pasti dah ramai dengar benda-benda ini. Tapi masih lagi tersangkut di dalam loop yang sama. Oleh itu artikel ini lebih kepada peringatan kepada trader diluar sana untuk memperbaiki kelemahan mereka di dalam bidang ini.
Realiti Yang Menyedihkan
Rasanya sudah ramai yang tahu statisik bahawa 90-95% trader adalah gagal cuma 10-5% sahaja yang konsisten untuk terus mengaut keuntungan dari aktiviti trading. Anda berhak untuk berasa skeptikal tetapi lama-kelamaan anda akan sedar bahawa statistik ini benar. Contohnya pada saya sendiri. Pada awal pembelajaran, saya ada group seramai 5-6 orang yang sama-sama belajar trading dari zero. Kami berpindah dari satu cikgu ke satu cikgu, buat backtest sama-sama dan akhirnya hanya saya seorang sahaja yang masih aktif trading / invest.
Kawan-kawan yang lain sudah lagi tiada berita. Ada yang sudah total lost, ada yang sudah menerima kenyataan bahawa dunia trading bukan dunia mereka. Saya setuju, masih ada banyak lagi benda yang boleh buat duit asalkan kita rajin. Saya sendiri sudah tidak lagi menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti aktif, hanya pasif dan sampingan sahaja. Cuma bila saya ingin mengasah semula skil yang tumpul. saya akan mula menulis dan juga melakukan backtest.
Sebab Utama Mengapa Ramai Trader Gagal
Overleverage : Untuk Non-Muslim, ini adalah isu utama yang selalu berlaku dalam kalangan mereka semasa trading. Mereka overleverage daripada apa yang mereka mampu. Ada yang ambil 10x leverage pun ada. Bila sudah overleverage, rugi yang dihadapi juga akan berkali ganda, sesuai dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Disebabkan senario lost lebih banyak dari profit, akhirnya akaun Margin Call dalam tempoh yang sekejap.
Tiada Trading Plan / Tak Ikut Trading Plan : Kebanyakan adalah tidak ikut trading plan. Jika tiada trading plan agak mustahil sebab rata-rata mereka faham sebelum trade perlu tahu sebab untuk entry. dimana TP dan SL. Cabaran seterusnya adalah untuk ikut trading plan itu sendiri yang mana ramai orang gagal. Katakan anda ada 3 kaunter, kaunter pertama cium SL, kaunter kedua cium SL kaunter ketiga anda mula tidak ikut plan dan bertukar menjadi investor pula. Alih-alih harga terus menjunam dan modal anda mula terkunci untuk dapatkan setup yang lebih baik.
Revenge Trading : Bila anda sudah mula loss streak anda akan mula untuk revenge trading. Biasanya revenge trading ini akan makin teruk bila anda letakkan satu timeframe untuk achieve. Ibarat macam anda set KPI anda sendiri. Contohnya nak dapatkan 10% pada setiap bulan. Kadang-kadang akan ada bulan yang memang market huru-hara. Anda mula berubah jadi scalper, tiba-tiba jadi intra day, tiba-tiba guna teknik lain pula. Alih-alih loss makin besar.
Terlampau Percaya pada Hype atau Berita : Perkara ini seringkali berlaku kepada mereka-mereka yang gilakan dengan insider info. Kita pun tidak tahu sama ada betul atau tidak maklumat yang diberikan. Sekadar atas rasa percaya sahaja. Bila kita all in, alih-alih saham yang diwar-warkan tidak meletup seperti yang dijanjikan dan modal anda mula tersangkut pada kaunter yang tidak berpotensi.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang Mengapa Ramai Trader Gagal. Sedikit sebanyak mungkin anda juga pernah lalui perkara diatas. Jangan risau ianya adalah satu perjalanan. Apabila kita dah merasa, barulah kita akan lebih berjaga-jaga untuk aktiviti trading kita pada masa akan datang. Ingatlah, trading ini cuma alat untuk tambah aset sahaja, jangan jadi hamba kepada chart atau news.
Alhamdulillah

