Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang instrument pelaburan sesuai untuk modal kecil. Ya saya faham, bukan semua orang ada cash setepuk di dalam simpanan masing-masing. Kadang-kadang bila dah simpan sikit-sikit, bila nampak banyak mulalah gatal nak Add to Cart. Jadi, sampai bila-bila pun tidak kesampaian untuk anda lakukan pelaburan.
Instrument Pelaburan Yang Sesuai Untuk Modal Kecil.
Modal kecil yang saya maksudkan adalah sekitar RM 1,000 kebawah. Bagi saya amaun ini sangat sesuai untuk pelaburan. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar. Jika dapat dividen 5% keuntungan boleh dapat sekitar RM 50. Nampaklah sedikit nilainya yang boleh dibelanjakan. Okay, mari kita mulakan.
P2P – Anda boleh melakukan pelaburan dengan P2P. Dengan serendah RM 50, anda sudah boleh melakukan pelaburan. Tetapi untuk makluman anda P2P adalah satu pelaburan yang berisiko yang mana risikonya adalah pemilik perniagaan tidak dapat membayar pelaburan anda. Namun jangan risau, pihak pengelola P2P akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk recover semula wang anda.
ASB – Yang ini saya tidak perlu terangkan, memang sudah umum di mata rakyat Malaysia dengan ASB. Dengan purata dividen sekitar 5%, dan tidak melibatkan kerugian modal, maka ia adalah option terbaik yang boleh dipilih oleh pelanggan. Ada RM 10 lebih dalam simpanan, masuk ASB dulu. Walaupun begitu, ASB ini senang untuk ditarik keluar balik. Jadi agak sukar kepada mereka yang bernafsu belanja besar untuk kekalkan duit dalam ASB.
Unit Trust – Ia adalah satu produk pelaburan saham yang dikumpulkan secara basket. Dengan RM 100, anda boleh menjadi penerima manfaat maksimum sehingga 30 saham dalam satu masa. Saya sering menasihati mana-mana pelabur baru untuk bermula dengan Unit Trust, bukan terjun terus dalam pelaburan saham secara terus.Kalau anda mampu bertahan naik turun harga pasaran di Unit Trust, barulah anda cuba celup kaki untuk melabur terus di Bursa.
Robo Advisor – Ini adalah instrument yang paling murah untuk anda cuba. Dengan serendah RM 10, anda boleh membeli sebahagian daripada ETF. Jika anda beli secara direct, anda akan dikenakan kos beli dan jual dan sangat tidak berbaloi dengan pelaburan yang bermodal rendah. Antra Robo Advisor yang terkenal adalah Wahed Investment.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang Instrument Pelaburan Sesuai Untuk Modal Kecil. Musuh utama pelabur yang bermodal kecil adalah kos beli dan jual sebenarnya. Sebab itu saya akan cuba elakkan untuk melakuakn pelaburan secara terus di Bursa kerana sedar caj yang dikenakan tidak berbaloi dengan pulangan yang dijangkakan.

