Apa Yang Dimaksudkan Dengan Liquidation

Bismillahirrahmanirrahiim

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejatuhan matawang kripto secara besar-besaran. Hampir USD 1.9 billion kerugian telah dialami oleh seluruh negara. Perkara ini didorong oleh ketegangan perang ekonomi antara China dan US, disulami dengan jualan besar-besaran oleh diamond hand atau whale yang menyebabkan harga terus ditekan bearish.

Apa Yang Dimaksudkan dengan Liquidation

Antara keyword yang menarik di dalam peristiwa ini adalah liquidation. Secara amnya, ramai telah menggunakan leverage untuk membeli kripto supaya keuntungan dapat dilipat berkali ganda. Umum kita ketahui apabila leverage di gunakan, akaun tersebut akan mempunyai Margin Call level yang mana sekiranya harga berada di paras tertentu, jualan secara paksa akan dilaksanakan serta merta dan menyebabkan kerugian yang dialami direalisasikan serta merta.

Berbeza dengan pelabur yang membeli secara spot tanpa leverage, mereka kini masih dalam floating negative tetapi coin tersebut masih berada di dalam akaun mereka atau wallet mereka. Oleh itu kerugian mereka masih belum direalisasikan serta mereka boleh melakukan analisis sama ada untuk HODL atau jual dan cari aset yang lebih profitable.

Berdasarkan kepada bacaan di media sosial, kebanyakan para trader yang meluahkan kekecewaan adalah mereka yang menggunakan fungsi leverage yang tinggi. Mereka juga menyalahkan platform trading kerana menawarkan fungsi tersebut kepada trader tanpa kawalan. Namun bagi saya, mereka lah yang sepatutnya melakukan pertimbangan risiko. Platform trading hanya menyediakan tool sahaja.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan apa yang dimaksudkan dengan liquidation yang mana sangat berkait rapat dengan leverage. Jika anda bukan pedagang yang mahir, dan tidak mempunyai akses kepada info A1 dari pasaran, sila jauhi leverage atau bahasa kampungnya adalah hutang. Beli sahaja spot, biar lambat asal selamat. Sikit sikit lama lama jadi bukit.

Baca Lagi : Instrument Pelaburan Sesuai Untuk Modal Kecil | Aku Pedagang Jawa

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →