Analisa Kaunter MKHOP

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini aku berkelapangan untuk buka chart dan lakukan analisis. Menurut pandangan aku, ada satu kaunter yang bagi aku agak menarik untuk aku ulas iaitu MKHOP ataupun nama panjangnya adalah MKH Oil Palm East Kalimantan Bhd. Saham ini baru disenaraikan pada tahun lepas, jadi price history dia pun tak panjang mana.

Analisa Teknikal

Untuk TF Weekly, korang akan nampak satu pattern yang clean slate. Harga drop, lepas tu pacak dan buat ATH. Kemudian price retrace dan hit Low BB. dan sekarang sedang sideway. Memandangkan trend sebelum ini adalah uptrend, maka bias aku untuk price break ke atas juga adalah ditinggi. Disusuli pula dengan kehadiran pinbar Weekly di Low BB yang bertindak sebagai Support.

Untuk D1 pula kita dapat lihat pembentukan lengkap Quasimodo dan sekarang price dalam keadaan sideway. Kalau dilihat pirce dah sideway sejak dari awal tahun2025 lagi.Kalau dia meletup memang berdesup rasnya sebab fasa accumulation tu agak panjang.

Analisa Fundamental

Secara amnya, antara good news yang menyebelahi saham ini adalah pertama saham ini baru listing. Jadi, dia banyak potensi yang boleh di explore orang para trader atau investor. Kedua, ia terdedah terus dengan efek harga naik turun komoditi CPO. Jika CPO melonjak naik, maka ia akan memberi impak positif pada syarikat dalam masa yang sama. Kita juga dapat lihat lonjakan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat dalam Q terdekat sebelum ini.

Namun anda juga harus berhati-hati dengan beberapa faktor yang boleh mendatangkan risiko semasa memilih saham ini. Disebabkan ianya terkait rapat dengan CPO, harga saham mungkin akan menjadi volatile dan agak sukar untuk membaca pattern-pattern chart yang normal. Oleh itu, pelabur atau trader harus berjaga-jaga apabila terdapat pergerakan harga yang drastik.

Kesimpulan.

Secara amnya jika saya ada modal, saya akan beli saham ini dan masukkan ke dalam portfolio untuk mendapatkan capital gain yang menarik. Kepada anda yang berminat, jangan lupa untuk semak di mana kawasan SL dan TP yang boleh mendatangkan pulangan yang baik kepada diri anda. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →