Sumber Info Terbaik Adalah AI

Bismillahirrahmanirrahiim

Kalau sekarang ini, korang boleh tengok banyak syarikat yang berlumba-lumba bangunkan AI. Aku memang shock giler. Sebab dulu aku mana la reti nak design-design, tapi selamba je boleh generate gambar, video menarik pakai AI sahaja. As investor/swing trader, mana mungkin aku tak explore penggunaan AI dalam rutin untuk pick sesuatu fund atau stock untuk dimasukkan ke dalam portfolio

Kunci Utama AI Adalah Prompt

Kau tahu prompt, maka kau tahu cara guna. Untuk info-info yang general aku akan gunakan ChatGPT sahaja sudah cukup. Basically, ko boleh tanya terus untuk technical analysis, fundamental analysis dan sentiment analysis. Tapi teknikal analisis aku buat sendiri sebab aku baca wave, so far aku try prompt chatgpt untuk bagi aku teknikal analisis bagi aku tak memuaskan hati dengan approach aku. Aku tak cakap CHATGPT tu salah tapi tak sesuai dengan aku.

Mostly aku akan prompt untuk fundamental analisis sahaja. Best wooo, tak payah dah nak bukak banyak-banyak website, cukup satu or dua prompt sahaja. First lepas aku dapat detect trigger entry guna teknikal analisis, aku akan prompt CHATGPT, explain me the fundamental aspect of stock XXXX. Lepas tu dia akan keluar la macam macam penerangan sampai habis. Kemudian aku akan prompt is it okay for me to buy and hold for 1 year. Kemudian dia akan terangkan bla bla bla bla. Last sekali aku akan prompt as for now which one have the advantages, strength or weakness. Kemudian dia akan explain.

So, based on penerangan dari ChatGPT, aku akan tengok tendency dia sama ada buy atau tak recommend untuk buy. If dia tunjukkan kekuatan untuk buy, barulah aku trigger entri. Itulah cara bagaimana aku gunakan ChatGPT untuk rutin analisis aku yang aku buat mungkin 4 kali je kot dalam sebulan. Swing mana la sangat nak tengok chart ni.

Kesimpulan

AI memang best. Sebab dia kumpul semua maklumat kemudian dia compare. Dulu aku pun pening gak nak compare macam-macam data dari macam-macam source. Sekarang ni dalam satu portal sahaja, korang boleh dapat semua info yang diperlukan untuk menjadikan korang sebagai informed investor. Aku harap jugak korang manipulate kebolehan AI ini dalam aktiviti pelaburan.

Alhamdulillah.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →