Pengertian Current Ratio Menurut Para Ahli

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia perniagaan memerlukan duit untuk sentiasa masuk dan keluar. Kegunaan duit tersebut adalah sama ada untuk mengekalkan operasi yang sedia ada untuk menghasilkan output jualan ataupun digunakan untuk membayar hutang dan boleh juga mengembangkan perniagaan menjadi lebih besar. Saya akan menerangkan kepaada anda semua pengertian current ratio serta persoalan persoalan lain yang bersangkutan dengannya.

Pengertian Current Ratio

Current ratio adalah sebuah ukuran yang menentukan kebolehan sesebuah syarikat untuk membayar liabiliti atau hutang jangka masa pendek dengan aset yang ada. Hutang jangka pendek merupakan hutang yang perlu dibayar segera dan tidak boleh ditangguhkan seperti membayar gaji pekerja ataupun membayar cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

Current Ratio Formula

Untuk mendapatkan current ratio sesebuah syarikat, formula ini telah diguna pakai secara keseluruhannya dan ianya mampu menerangkan kedudukan current ratio syarikat tersebut serta kecairan aset syarikat untuk membayar hutang. Formula current ratio adalah seperti berikut.

Current Ratio = Current Asset / Current Liabilities

Sebagai contoh, syarikat A mempunyai keseluruhan aset sebanyak RM 300,000 dan hutang sebanyak RM 150,000

Current Ratio = RM 300,000 (Current Asset) / RM 150,000 (Current Liabilities)

= 2

Analisis Current Ratio

Setelah kita ketahui tujuan current ratio adalah untuk mengukur kecairan aset syarikat dalam membayar hutang hutang jangka pendek, ia sedikit sebanyak membantu pelabur untuk menentukan sama ada syarikat tersebut adalah syarikat yang baik atau tidak.

Sesebuah syarikat perlu mempunyai likuiditi yang baik supaya operasi perniagaannnya tidak terjejas. Sekiranya syarikat tidak mempunyai likuiditi yang tinggi, maka ia akan mengganggu operasi semasa yang secara tidak langsung memberi kesan kepada keuntungan tahunan. Sebagai contoh, syarikat A mempunyai likuiditi syarikat yang teruk menyebabkan ramai pembekal tidak mahu lagi berurusan dengan syarikat A kerana sentiasa berhutang dan ingin mengelak untuk membayar deposit pembelian barang. Bagi mereka, ia adalah satu tindakan yang berisiko untuk berurusan dengan syarikat A walaupun prestasi syarikat mereka agak cemerlang pada tahun sebelumnya.

Sebagai seorang pelabur, anda perlu keliru apakah bacaan current ratio yang baik dan boleh digunapakai untuk anda tentukan sama ada ingin membeli atau tidak membeli kaunter syarikat tersebut? Anda boleh gunakan bacaan dibawah sebagai panduan anda.

  1. Bawah bacaan 1 : Syarikat mempunyai masalah cash.
  2. Bacaan 1.5-2 : Syarikat mempunyai current ratio yang optimum dan baik
  3. Bacaan lebih dari 2 : Syarikat berbelanja terlalu tinggi untuk kos

Jadi, saya sarankan agar anda mencari kaunter yang mempunyai current ratio sekitar 1.5-2 sahaja.

Kesimpulan

Secara amnya, meneliti kebolehan sesuatu syarikat dalam membayar hutang-hutang jangka masa pendek menunjukkan keberkesanan syarikat dalam menentukan pengoperasian semasa syarikat sentiasa berjalan. Indikator current ratio adalah salah satu petunjuk yang sesuai dalam memberikan maklumat sama ada syarikat itu mempunyai liquiditi yang baik atau tidak. Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan anda tentang pengertian current ratio menurut para ahli.

Baca : Apa itu P/E Ratio Saham

Iqbal Aman

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →