Pemain Di Dalam Market Derivatif

Bismillahirrhamnirrahiim

Market Derivatif adalah segmen pasaran yang paling berisiko. Kalau korang baru jenis nak celup kaki dalam dunia trading atau pelaburan ni, derivatif bukan padang korang. Ini untuk geng-geng yang banyak duit, ilmu penuh didada, mental kebal macam kereta kebal. Jadi hari ini aku akan terangkan siapa pemain di dalam market derivatif ini.

Komponen Di Dalam Market Derivatif

Derivatif itu snediri ada banyak komponen, berikut adalah seperti berikut

  • Kontrak Futures: Perjanjian piawai untuk membeli atau menjual aset asas pada harga dan tarikh yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Kontrak futures didagangkan di bursa dan biasanya digunakan oleh hedger dan spekulator untuk menguruskan risiko atau memperoleh keuntungan daripada pergerakan harga.
  • Kontrak Options: Memberikan pemegang hak (tetapi tidak keperluan) untuk membeli atau menjual aset asas pada harga dan tarikh yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Options boleh digunakan untuk pengurusan risiko, spekulasi, atau menghasilkan pendapatan.
  • Swap: Perjanjian persendirian antara dua pihak untuk menukar aliran tunai berdasarkan prestasi aset asas. Swap boleh digunakan untuk hedging, arbitraj, atau spekulasi.
  • Kontrak Forwards: Serupa dengan kontrak futures tetapi tidak mempunyai piawaian dan didagangkan di kaunter (over-the-counter/OTC). Forwards biasanya digunakan oleh institusi besar dan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu.
  • Kredit Derivatif: Merupakan derivatif yang membolehkan pelabur menguruskan risiko kredit. Contohnya termasuk credit default swaps (CDS), yang membayar dalam keadaan keingkaran pada instrumen hutang, dan collateralized debt obligations (CDO), yang merupakan sekuriti kompleks yang disokong oleh sekumpulan instrumen hutang.

Pemain Di Dalam Market Derivatif

Amnya terdapat tiga pemain yang ada di dalam market ini. Setiap pemain memberikan sumbangan kepada pergerakan harga dalam pasaran tersebut. Berikut adalah pemain-pemain tersebut.

  1. Hedger
  2. Speculator
  3. Arbitrageur
  4. Market Maker
What is a Derivative Market?
Kredit India Infoline

Hedger adalah pemain yang mana menggunakan instrument derivatif untuk mengikat harga sesuatu aset tersebut. Objektif diorang bukan nak buat duit daripada naik turun harga tetapi secara khususnya untuk mengikat harga dan melindungi harga aset tersebut daripada impak negatif. Contohnya, seseorang yang membeli sawit ingin mengikat harga sawit pada harga RM 5,000 se tan. Oleh itu, dia tak perlu takut jika harga jatuh menjadi RM 4,000 setan kerana dia dah ikat harga tersebut. Tapi ada yang berkata, rugilah kalau harga sawit melambung, contohnya RM 6,000 setan. Berbalik pada objektif iaitu hedger ingin lindung nilai dari risiko, bukan buat keuntungan.

Kedua adalah Spekulator. Mereka inilah yang akan mengintai peluang untuk membuat keuntungan dari kenaikan dan penurunan sesuatu harga aset. Katakan harga sawit pada kadar RM 3,500 setan dan dijangka akan naik sehingga RM 4,000 dalam masa sebulan. Oleh itu, mereka akan ambil risiko untuk membeli sawit pada harga semasa dengan harapan agar harga naik pada level yang mereka sasarkan. Risiko sebagai spekulator agak besar kerana harga boleh sahaja turun menyebabkan spekulator mengalami kerugian atas kertas yang besar jika tidak dikawal dengan baik.

Seterusnya adalah arbitrageur. Mereka juga buat duit tetapi melalui perbezaan harga aset daripada dua pasaran. Contohnya saham A diniagakan pada kadar USD 100 di NYSE dan USD 101 di LSE. Perbezaan USD 1 setiap unit ini adalah peluang untuk arbitrageur membuat duit. Mereka akan beli di NYSE dan jual semula di LSE. Oleh itu mereka akan dapat keuntungan mudah sebanyak USD 1. Arbitraguer juga penting kerana kehadiran mereka membantu perselisihan harga saham dalam berbagai pasaran boleh dirapatkan.

Yang terakhir adalah Market Maker. Jarang untuk pasaran derivatif untuk ada Market Maker kerana pasaran derivatif mempunyai liquidity yang tinggi disebabkan ianya adalah pasaran dua hala. Maka volume pasaran mereka agak tinggi. Namun, ada satu masa pasaran akan menjadi stall, low volume dan harga susah untuk match disebabkan tiada liquidity. Ketika inilah market maker akan masuk dalam pasaran supaya para pembeli dan penjual boleh executed order mereka pada harga yang mereka ingini.

Kenapa Pasaran Derivatif Sangat Berisiko

Selain korang tahu siapakah pemain di dalam market derivatif, mungkin korang tertanya- tanya kenapa pasaran ini terlampau berisiko. Pertama, modal nak masuk dalam pasaran derivatif ni tinggi, tak seperti pasaran. Kedua disebabkan modal yang agak tinggi, maka leverage diperkenalkan. Ada yang full margin ada yang half margin. Bila korang dengar je ada leverage automatik korang kena tahu memang akan berisiko tinggi sebabnya korang melabur lebih daripada wang yang sedia ada. Terakhir, disebabkan pasaran derivatif adalah dua hala. Sekali dia melawan arah, selalunya laju dan boleh sapu SL korang dalam sekelip mata.

Kesimpulannya setiap pemain di dalam market derivatif mempunyai peranan tersendiri. Selain itu, ia sangat tak sesuai dengan pendatang baru disebabkan risiko yang terlampau tinggi. Walaupun korang dah allocate satu modal burn sekalipun, tak rasa sayang ke kalau rugi dalam RM 5,000 dalam tempoh bawah sebulan? At least pasti korang terasa juga. Jumpa lagi pada artikel akan datang.

Alhamdulillah

Sumber: ChatGPT dan Penulis

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →