Apa itu Net Profit Margin Dalam Financial Ratio

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia perniagaan sering kali dikaitkan dengan soalan berapa banyakkah untung yang telah dijana pada tahun itu? Adakah ianya berbaloi dengan segala usaha yang telah digembleng untuk meraih keuntungan tersebut? Artikel kali ini saya akan menceritakan apa itu net profit margin, rumus net profit margin serta cara menganalisis keadaan syarikat menggunakan net profit margin.

Definisi Net Profit Margin

Ianya merupakan satu tata ukur di dalam laporan kewangan yang mendedahkan kedudukan keuntungan syarikat pada tahun tersebut. Ianya dipaparkan dalam bentuk peratus setelah dikira dengan menggunakan formula yang dikhaskan. Kebanyakan para pelabur saham akan melihat net profit margin berbanding revenue bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut pada tahun tersebut. Ada sesetengah syarikat menggunakan kod NPM mewakili Net Profit Margin

Rumus Net Profit Margin

Untuk mendapatkan bacaan net profit margin, satu rumus khas telah digunakan yang mana melibatkan penggunaan data daripada beberapa data penting yang terdapat didalam laporan kewangan syarikat. Data-data tersebut adalah :

  1. Revenue
  2. Cost of Good Solds
  3. Operating Expense
  4. Other Expense
  5. Interest
  6. Tax

NPM =( COGS  OE  O  I  T​)x100 / R atau NPM = (Net income​)×100​ / R

Contoh net profin margin yang ditunjukkan di dalam penyata kewangan syarikat

Analisis Net Profit Margin

Secara amnya NPM merupakan salah satu indikator penting kerana ia telah menyimpulkan berbagai data menjadi satu rumusan. Ianya menceritakan sama ada syarikat tersebut berjaya menjana keuntungan yang mampu untuk menanggung kos operasi dan lain lain kos overhead yang lain. Tiada hard rules yang betul untuk menentukan apakah bacaan peratus yang baik untuk Net Profit Margin. Namun, kebanyakan para pelabur mencadangkan bahawa syarikat yang mempunyai NPM 10% keatas dianggap sebagai NPM yang baik.

Oleh itu, anda boleh mengambil bacaan 10% keatas sebagai panduan untuk menentukan sama ada Net Profit Margin syarikat itu berbaloi atau tidak. Ada juga para pelabur yang meletakkan standard yang tinggi dengan mensyaratkan agar sesebuah syarikat tersebut mencapai NPM sebanyak 15%-20% pada tahun tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat juga pelabur saham yang mempunyai tanggapan yang berbeza dalam melakukan analisis menggunakan Net Profit Margin. Mereka lebih mengutamakan kadar perubahan peratusan NPM setiap tahun, berbanding melihat terus peratus NPM yang dipaparkan. Sebagai contoh, jika tahun lepas NPM syarikat tersebut adalah 5% dan NPM pada tahun ini adalah 10%, pelabur akan melihat syarikat tersebut telah melakukan kenaikan Net Profit Margin sebanyak 5%. Pada syarikat B pula, NPM syarikat B adalah 15% pada tahun lepas dan mempunyai NPM sebanyak 16% pada tahun ini.

Daripada dua perbezaan ini, pelabur tersebut melihat syarikat A mempunyai kenaikan NPM sebanyak 5% manakala syarikat B sebanyak 1%. Jadi, mereka akan lebih cenderung untuk membeli di kaunter A berbanding kaunter B disebabkan potensi kenaikan yang ditunjukkan oleh syarikat A.

Kesimpulan

Net Profit Margin merupakan satu indikator financial ratio yang sangat penting. Oleh itu, anda disarankan untuk memasukkan NPM sebagai salah satu fundamental filter anda sebelum memilih kaunter yang ingin anda beli. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi nilai tambah dalam analisa fundamental anda dan seterusnya menjawab terus kepada persoalan kita iaitu apa itu net profit margin.

Baca : Pengertian Current Ratio Menurut Para Ahli

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →