Apa itu Gross Sales Dalam Fundamental Analisis

Bismillahirrahmanirrahim

Gross sales merupakan kayu ukur untuk kesemua jumlah jualan di dalam sesuatu syarikat, dan belum diselaraskan ataupun ditolak daripada kos terlibat untuk menghasilkan jualan tersebut seperti kos operasi, pembuatan dan pemasaran. Formula gross sales boleh dilakukan dengan mengira semua invoice jualan atau yang berkaitan dengan transaksi keuntungan.

Walaubagaimanapun, ia tidak mengira sekali kos pengoperasian, kos cukai dan lain-lain cas yang dikenakan sebelum menghasilkan jualan. Semua kos-kos tersebut penting untuk dikira bagi mendapatkan jualan bersih ataupun net sales.

Formula untuk gross sales adalah seperti berikut :

  1. Gross Sales = Jumlah keseluruhan jualan

Ianya dapat dikira secara kasar daripada hasil jualan tanpa mengira faktor diskaun dan pulangan. Sebagai contoh, syarikat A berjaya menghasilkan 10,000 jualan baju raya berharga RM 50 sepasang. Gross Sales yang diterima oleh syarikat A adalah sebanyak RM 500,000

Apa Yang Boleh Ditafsirkan Dengan Maklumat Gross Sales

Selain mengetahui definisi apa itu gross sales, anda juga perlu tahu apakah kepentingannya di dalam fundamental analisis. Maklumat ini sangat berguna terutamanya kepada syarikat yang menjual barangan secara runcit, Secara amnya, ia adalah satu refleksi terhadap jumlah keseluruhan keuntungan perniagaan tersebut dalam satu tempoh masa tertentu walaupun belum ditolak dengan kos kos yang berkait. Ia juga tidak disenaraikan di dalam income statement yang mana net sales yang menunjukkan keuntungan sebenar sesebuah syarikat.

Penganalisis pasaran merasakan ianya amat membantu apabila data gross sales dan juga net sales dapat dibandingkan secara plotting di atas graf. Hal ini dapat membantu dalam menentukan nilai jualan tersebut pada satu tempoh masa tertentu. Jika kedua dua graf gross sales dan juga net sales naik secara serentak, ia menunjukkan terdapat masalah dari segi kualiti produk kerana ia menunjukkan penggunaan kos yang berlebihan untuk menghasilkan satu produk. Selain itu, ia juga menunjukkan syarikat terlalu banyak mengaplikasikan diskaun ke atas barang jualan menyebabkan kedua-dua graf tersebut naik secara serentak. Gross Sales uga menunjukkan pola perbelanjaan pelanggan terhadap barang jualan mereka.

Net Sales Definition
sumber investopedia

Perbezaan Antara Gross Sales dan Net Sales

Soalan berkaitan apa itu gross sales telah terjawab dan kini kita akan bandingkan antara kedua elemen ini. Gross sales menunjukkan jualan keseluruhan transaksi dalam satu tempoh tertentu manakala nets sales dikira selepas menolak semua kos yang berkaitan untuk menghasilkan gross sales.

Kebiasannya net sales akan dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :

  1. Harga produk yang dibayar oleh pelanggan
  2. Diskaun yang diberikan
  3. Refund oleh customer

Apabila ketiga-tiga faktor ini terjadi, baki debit akan bertambah yang bermaksud pengurangan keuntungan telah berlaku, berbeza dengan gross sales yang mana semua maklumatnya akan dimasukkan ke dalam baki kredit dalam akaun syarikat.

Kekangan Menggunakan Maklumat Gross Sales

Gross sales sememangnya hanya sesuai untuk industri peruncitan. Ianya digunakan bagi membandingkan jumlah jualan produk antara pesaing industri. Ada juga syarikat yang cuba memasukkan juga gross sales di dalam penyata pendapatan tetapi ia membuatkan figure di dalam penyata tersebut menjadi semakin mengelirukan.

Kesimpulan

Saya telah menghuraikan tentang apa itu gross sales, kepentingan gross sales dalam sesuatu industri serta kekangan yang dihadapi semasa menggunakan maklumat ini. Oleh itu, bagi penganalisa fundamental, gross sales bukanlah satu segmen yang terlalu penting, namun boleh dilihat secara keseluruhan sahaja.

Sumber : Investopedia

Baca lagi : jenis order dalam saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →