Apa itu Deep Value Investing

Bismillahirrahmanirrahiim

Di dalam dunia ini, terdapat berbagai-bagai jenis model pelaburan yang boleh dipilih oleh para pelabur. Setiap model mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu pelabur boleh memilih model manakah yang bersesuaian dengan objektif mereka. Salah satu model tersebut adalah deep value investing. Artikel kali ini akan membahaskan apa itu deep value investing.

Maksud Deep Value INvesting

Model pelaburan ini direka oleh Benjamin Graham, yang merupakan mentor kepada Warren Buffet. Dengan cara ini Warren Buffett berjaya untuk menjana keuntungan yang terkumpul sekitar 29.5% dari tahun 1957 sehingga 1969. Dalam bahasa mudahnya, model ini memberi fokus kepada mencari saham saham yang mempunyai harga yang tersangat murah dari nilai intrinsik dan mempunyai kualiti perniagaan yang cukup baik.

Perniagaan semestinya mempunyai turun dan naik. Namun kebolehan untuk bertahan dan mempunyai daya saing yang tinggi memberikan nilai yang besar kepada sesebuah perniagaan tersebut. Adalah perkara normal apabila sesebuah saham syarikat akan jatuh dengan mendadak apabila terpalit dengan berbagai-bagai sentimen negatif sama ada dari syarikat itu sendiri, sektor itu sendiri ataupun secara global.

Ketika kejatuhan harga seperti inilah yang memberikan minat kepada para pelabur kerana bagi mereka ia ibarat satu jualan murah untuk mereka mendapatkan saham-saham berkualiti tinggi pada harga yang murah dipasaran. Contohnya, jika harga satu pek Milo berharga RM 10, kemudian dijual murah sekitar RM 8 disebabkan sentimen pasaran, pasti ianya akan diborong sebanyak mungkin oleh pengusaha restoran.

Contoh BP Plastic Holding

BP Plastic Holding adalah syarikat yang menjalankan kegiatan membekalkan barangan plastik kepada industri tekstil. Namun, pada tahun 2017 suku keempat, perolehan syarikat ini telah merosot kepada 13.9%. Secara tak langsung harga saham juga turut jatuh dari RM 1 kepada RM 0.86 sen sesaham bertarikh 6 Apr 2018.

Walaupun harga saham tersebut jatuh akibat kejatuhan keuntungan pada suku tahun tersebut, apabila dilihat dari segi kewangan, ia menunjukkan bahawa syarikat ini masih kukuh. Syarikat mempunyai cash sebanyak RM 44.2 juta dan tiada pinjaman yang dilakukan menunjukkan bahawa rekod kewangan syarikat ini sangat kukuh. Malah, ia juga mempunyai rekod yang cantik dari segi pembayaran dividen kepada para pemegang saham mereka. Bagi pelabur, kejatuhan harga saham ini adalah satu tawaran diskaun untuk mereka memiliki lebih banyak unit di dalam syarikat tersebut.

Harga saham kemudian menaik semula dan berada disekitar RM 1 sehingga RM 1.16 pada tahun 2019 sebelum jatuh semula pada tahun 2020 akibat penangan Covid-19. Sekali lagi, kejatuhan ini memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan unit saham ini pada harga yang cukup murah. Oleh itu, daripada pelabur membuat jangkaan berapa banyak harga akan meningkat pada masa akan datang, adalah lebih baik untuk pelabur fokus dengan data yang sedia ada pada masa sekarang.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan mengenai apa itu deep value investing beserta contoh daripada saham BPPLAS. Syarikat yang utuh mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk recover semula apabila berlaku temporary setback di dalam syarikat mereka. Jika anda ingin melabur, pastikan syarikat yang anda pilih benar-benar mempunyai rekod kewangan yang baik. Sekian terima kasih.

Sumber :Dividend Growth Investing

Baca lagi : Cara Kenalpasti Ascending Triangle

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →